Pendaftaran

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG UNTUK SESI 2015
SEBARANG MAKLUMAT, SILA HUBUNGI USTAZAH MASITAH MAMAT (
011-338-21851)

Sunday, 23 November 2014

4 TAHAP PENDIDIKAN ANAK

Dipetik dari : BLOG KASIH BONDA




4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

✿ 1。 Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

✿ 2。 Umur anak-anak 7-14 tahun.
 Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

✿ 3。 Umur anak-anak 15- 21 tahun.
 Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

✿ 4。 Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Thursday, 20 November 2014

3 IDEA POSITIF.... TANPA PERLU MENGHUKUM

Dipetik dari : Ibubapa Cemerlang










Merancang lebih awal dan pastikan kita memberikan masa yang secukupnya untuk anak beralih dari satu aktiviti ke satu aktiviti yang lain. Kebanyakan kanak-kanak lebih berdisiplin jika mereka tahu rutin harian mereka.

Contohnya, ajak anak-anak untuk buat jadual harian yang lengkap dan tampalkan di dinding. Ambil kira juga pendapat mereka dan jelaskan supaya mereka faham. Katakan waktu mandi adalah pada pukul 6 petang. Aktiviti sebelum mandi ialah bermain di luar rumah. Ibu atau bapa seharusnya memberi cukup masa untuk anak beralih dari aktiviti bermain di luar kepada aktiviti mandi dan ingatkan mereka tentang masa. Ibu bapa jangan jemu menjadi ‘alarm clock’ kepada anak-anak kecil kerana mereka belum memahami konsep masa, mudah lupa, lebih mudah terpengaruh dan ralit dengan sesuatu aktiviti yang menyeronokkan.

“Syafiq, Asyraf, lagi 15 minit adalah waktu untuk mandi”
15 minit kemudian, 

“Dah pukul 6 petang, Syafiq dan Asyraf boleh masuk dan mandi sekarang”

Jika anak-anak masih tidak memperdulikan dan terus bermain, hampirilah mereka dan ingatkan mereka tentang jadual yang mereka buat. Ambil segala yang membuatkan mereka ralit bermain. Sekiranya mereka protes, ibu atau bapa boleh cuba gunakan kreativiti untuk mengajak mereka masuk dan mandi.


“Syafiq dan Asyraf boleh bermain lagi esok. Sekarang waktu mandi. Syafiq dan Asyraf boleh melompat macam katak untuk masuk ke bilik air. Kita tengok siapa sampai dulu”








Jika anak membuat kesilapan jangan terus marah-marah. Berikan mereka peluang kedua. Ini adalah satu peluang yang besar untuk mereka mempelajari nilai bersemangat kental, tidak berputus asa dan berani mencuba sekali lagi. Jika ibu bapa asyik menengking ketika anak membuat salah, selain mereka tidak berani mencuba lagi, self esteem dan keyakinan diri mereka juga akan menurun dan yang paling buruk jika anak-anak menyimpan dendam kepada ibu bapa.








Meminta anak melakukan sesuatu dengan cara berjenaka bukan saja menyeronokkan malah ia lebih mudah mendapat kerjasama daripada mereka. Gunakan kreativiti untuk membuat jenaka ketika meminta anak melakukan sesuatu. Contohnya, ibu bapa boleh menggunakan binatang mainan seperti itik plastik.

“Kuek..kuek..dah pukul 6 petang. Itik nak mandi. Asyraf dan Syafiq, jom mandi sekali dengan itik..kuek..kuek”

Ketawa, gembira, dan keseronokan menggalakkan tingkah laku dan kelakuan yang positif.


MOTIVASI BELAJAR

Gambar : Carian Google

Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran anak-anak. Oleh itu, ibu bapa dan guru hendaklah pandai dalam memberikan motivasi kepada pelajar supaya mereka dapat mencapai apa jua matlamat yang telah ditetapkan.


Menurut Mohd. Sharani Ahmad dan Zainal Madon didalam buku yang bertajuk Tip Pandai Belajar, motivasi adalah satu proses membangkitkan, mengarah dan mengekalkan tingkah laku ke arah tujuan tertentu, yang sebelumnya tidak ada gerakan ke arah tujuan tersebut. Dalam erti kata yang lain, motivasi sebenarnya adalah keadaan dalaman yang kompleks yang tidak dapat difahami secara langsung tapi mampu mempengaruhi atau merangsang tingkah laku seseorang.

Pelajar/anak-anak yang bermotivasi akan dapat :

  • memperoleh kekuatan bagi mencapai kecermerlangan
  • menentukan hala dan keberkesanan sesuatu pembelajaran
  • mewujudkan dorongan yang kuat dan mantap
  • mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan berterusan
  • mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran
  • berdikari dan memberikan pandangan atau pendapat
  • mendorong supaya lebih tekun dan yakin
  • menarik perhatian dan minat
  • meningkatkan penumpuan belajar
  • mewujudkan persaingan yang sihat
  • menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna, berfaedah dan menyeronokkan
  • melibatkan diri secara aktif

Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia

Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI.
Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.
Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.
Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.
Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.

TAQWIM PERSEKOLAHAN & CUTI UMUM 2015

Assalamu'alaikum wr wbt, di sini PASTI AL-FURQAN membekalkan taqwim untuk memudahkan perancangan aktiviti anda pada tahun 2015


anda semua bolehlah mula merancang untuk melakukan segala aktiviti pada tahun hadapan. yang penting semua aktiviti itu kearah menambah amal kepada ALLAH... Aminnn.


Hubungi Kami

untuk sebarang pertanyaan,
anda boleh menghubungi wakil kami


Pengurus PASTI Al-Furqan:
Ustazah Masitah Mamat
011-338-21851

Assalamu'alaikum & Selamat Datang

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat laman web rasmi PASTI Al-Furqan. Buat masa ini banyak lagi bahan dan maklumat yang sedang dan masih dimasukkan serta dikemaskini terutamanya gambar-gambar aktiviti. InsyaAllah akan siap dalam beberapa minggu lagi dan diharapkan anda akan datang mengunjungi laman web ini secara berterusan pada waktu mendatang.

InsyaAllah selain daripada maklumat aktiviti, kami juga akan berkongsi tips-tips dan ilmu dari segi pendidikan awal kanak-kanak dan ilmu keibubapaan dalam menghasilkan generasi yang beriman dan cerdik.

Kami juga mengharapkan sokongan masyarakat dalam apa jua bentuk sekalipun dalam membantu kami menghasilkan anak-anak cemerlang yang bakal memimpin masa depan negara dan masyarakat kita.

Sekiranya terdapat apa-apa cadangan, saranan, teguran atau nasihat, amat dialu-alukan untuk disampaikan kepada kami melalui email, telefon, SMS atau kotak ucapan yang terdapat di laman web ini. Semoga usaha kita semua diterima dan diredhai Allah.

Wassalam.

Wednesday, 19 November 2014

LAGU PASTI

Lagu PASTI

PASTI CEMERLANG ISLAM GEMILANG

Al-Quran As-Sunnah pegangan kami
Islam cita-cita murni
Allah matlamat kami
Akhlak mulia idaman kami
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … diasuh
PASTI pasti berjaya
PASTI pastikan cemerlang … cemerlang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)
Kami harapan Ummah
Di PASTI kami diasuh … di asuh
PASTI pasti berjaya
Islam islamkan gemilang … gemilang
Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (2X)

PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan

  1. Pelajar dapat menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira and menghafal).
  2. Sentiasa mengemaskini proses pengajaran & Pembelajaran selari dengan perkembangan terkini dalam pendidikan.
  3. Menyediakan suasana pembelajaran kondusif bagi menjamin persekitaran pembelajaran yang sihat.
  4. Sentiasa proaktif terhadap setiap teguran, saranan dan pandangan ke arah kecemerlangan pendidikan PASTI.
  5. Sentiasa mengembangkan potensi murid berdasarkan kecenderungan bakat dan kebolehan masing-masing.

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

FALSAFAH PENDIDIKAN PASTI

Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek Syakhsiyyah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada ISLAM, IMAN DAN IHSAN. Mengambil kira potensi dan bakat yang sedia ada, pendidikan PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa sosio emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam. Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya  diredhai oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PASTI

Objektif Pendidikan PASTI

  1. Menyediakan proses pendidikan awal yang berorentasikan sistem pendidikan Islam ke arah melahirkan anak yang soleh, berilmu dan beramal.
  2. Mendidik jiwa dan akal kanak-kanak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran Al-Quran dan Hadis.
  3. Membimbing kanak-kanak supaya menghayati ibadah, akhlak dan cenderung melakukan ma’ruf serta meninggalkan mungkar.
  4. Melatih kanak-kanak membaca, menghafaz dan menghayati Al-Quran, doa dan zikir.
  5. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak asas-asas bahasa, matematik dan komunikasi ke arah kebolehan membaca, mengira, menulis dan menghafal.

MATLAMAT PENUBUHAN PASTI

Matlamat Penubuhan PASTI

Matlamat Am

  1. Mengembalikan pemahaman masyarakat umum kepada kepentingan pendidikan Islam dan merangsang kepekaan kebangkitan Islam sejagat.
  2. Mengadakan pendidikan awal (pra-sekolah) bagi melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia.
  3. Menyediakan wadah awal pendidikan berorentasikan harakah Islamiah untuk jangka masa panjang.
  4. Menjadi pusat untuk membentuk fikrah masyarakat yang sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah dan akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.
  5. Menyedarkan masyarakat umum tentang hakikat tarbiyah Islamiyyah beristiqamah dan beriltizam dengan Islam.

Matlamat Khas

  1. Menyedar dan meningkatkan kesempurnaan Tauhid agar beramal dengan setiap kebaikan yang diredhai Allah dan RasulNya dan meninggalkan setiap kemungkaran yang dimurkai Allah S.W.T.
  2. Membentuk peribadi insan agar mencontohi peribadi mulia Rasulullah S.A.W.
  3. Memberi galakkan kepada kanak-kanak secara intensif agar mereka dapat menjiwai fitrah kelahiran manusia dan mengabdikan diri hanya kepada Allah.
  4. Memberi kesedaran betapa pentingnya bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian terutamanya bahasa Al-Quran.

VISI & MISI

Visi dan Misi

VISI

Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

MISI

Melaksanakan program pendidikan yang cekap, berkualiti dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat di Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN PASTI

Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bemula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama TADIKA ISLAM.
Antara negeri-negeri awal yang melaksanakan program ini ialah Kedah dan Terengganu. Namun di sana terdapat sesuatu yang menarik daripada segi pengasasan, pengolahan dan pengendalian pusat-pusat berkenaan, suasana di mana berlakunya persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan ini kepada ABIM. Seawal tahun 1980 telah lahirnya pusat-pusat pendidikan prasekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI).
Di Terengganu pada tahun 1985 TASKI dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu. Manakala di Kelantan pusat prasekolah yang dikenali sebagai Putra Islam dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan sejak tahun 1988.
Di Kedah dan beberapa negeri lain khususnya di sebelah utara telah wujud pusat-pusat prasekolah yang diberi nama Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas negeri masing-masing. Pada tahun 1988 hasil daripada penyelarasan semula semua TASKI yang dikelolakan oleh ahli-ahli PAS. Tanggal 10 April 1987 Dewan Pemuda PAS Pusat melalui muktamar Tahunan ke-28 telah meluluskan usul pendidikan yang mendesak diwujudkan program pendidikan untuk anak-anak ahli PAS.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat yang bersidang pada 6 Mei 1988 telah memutuskan penggunaan nama PASTI untuk semua institusi prasekolah milik ahli PAS dan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Prasekolah dibentuk di peringkat Pusat diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Abdullah untuk menyelaraskan PASTI.
Pada 29-30 Mei 1988 telah berlangsung Seminar Prasekolah di Masjid Rusila Marang Terengganu yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat. Dua kertas kerja telah dbentangkan iaitu “Struktur Organisasi dan Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Abd Halim Arshat dan “Penyelarsan Manhaj Pendidikan Prasekolah” oleh Ustaz Harun Taib. Ustaz Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah PASTI Pusat yang pertama pada 18 Mei 1989 bersama saudara Haji Mohd Najib Fahami Haji Yahya sebagai sebagai Timbalan Ketua Pengarah, saudara Ishak Ismail sebagai Setiausaha dan saudara Noh Ahmad sebagai Bendahari serta Pengarah-Pengarah PASTI Negeri sebagai Ahli Jawatankuasa PASTI Pusat.
Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah megarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ini dengan penambahan kelas-kelas di seluruh negara dan pada suatu ketika meratai kesemua 14 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.